Surprise Me!

Rakan nekad redah sungai cari pempengaruh hilang

2025-07-16 31,800 Dailymotion

Rakan nekad redah sungai cari pempengaruh hilang

“Saya tak fikir panjang, terus berenang nak pastikan Ija ada atau tidak dalam kereta itu."

Demikian kata Muhammad Syahmi Mansur, 30, yang sanggup meredah sungai selepas menemui kereta rakannya tenggelam di kawasan kebun berhampiran Sungai Tui, Bukit Kepong, Muar, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin

Muhammad Syahmi yang juga sahabat kepada pempengaruh, Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, memberitahu bahawa beliau bersama beberapa rakan lain berusaha mencarinya sebaik dimaklumkan mengenai kehilangan Ija pada malam Isnin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/738923/berita/semasa/saya-terus-berenang-ndash-rakan-nekad-redah-sungai-cari-pempengaruh-hilang

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #KarnivalSiangMalam #hilang #pempengaruh #Muar