Surprise Me!

Kerajaan dicadang bina pusat penjaja baharu ganti tapak lama

2025-07-27 76,849 Dailymotion

Kerajaan dicadang bina pusat penjaja baharu ganti tapak lama

Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mencadangkan agar kerajaan membina sebuah pusat penjaja baharu bagi menempatkan lebih 100 penjaja yang terlibat dalam isu pengosongan tanah di kawasan Lembah Subang 1, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Azlim Zainury.

Beliau berkata, tindakan perobohan dan pengusiran penjaja tidak seharusnya dilakukan tanpa menyediakan penyelesaian lebih mampan, terutama kerana kebanyakan mereka merupakan golongan B40 yang menetap di Projek Perumahan Rakyat (PPR) berdekatan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #pusatpenjaja #B40 #KarnivalSiangMalam