Pemimpin besar kerajaan terdahulu tidak suka blok Borneo - Hajiji
Sikap pemimpin kerajaan terdahulu yang tidak gemar dengan blok Borneo menjadi antara faktor yang mendorong Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor mengambil keputusan menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut menegaskan bahawa Sabah perlu diterajui oleh pimpinan parti tempatan. Justeru, pilihan raya akan datang amat penting sebagai penentu kepada usaha menerajui negeri ini mengikut acuan sendiri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/740602/berita/politik/pemimpin-besar-kerajaan-terdahulu-tidak-suka-blok-borneo---hajiji
#SinarHarian #BeritaSemasa #HajijiNoor #Sabah #GRS