Surprise Me!

Asyraf Khalid lapor polis, pertimbang tindakan undang-undang

2025-08-01 17,676 Dailymotion

Usahawan dan pengasas podcast Apa Cerita, Asyraf Khalid menegaskan bahawa serangan berterusan terhadap dirinya di media sosial bukan sahaja mencalarkan imej peribadi tetapi turut menjejaskan periuk nasinya sebagai ahli perniagaan dan pemegang saham, lapor wartawan Sinar Harian, Nurezzatul Aqmar Mustaza.

Jelas Asyraf, 33, keputusan mengambil tindakan undang-undang bukan bertujuan mencetuskan sebarang konfrontasi, sebaliknya demi memperbetulkan persepsi awam serta menjaga maruah keluarga dan reputasi perniagaannya yang terjejas ekoran salah faham berhubung siaran sedutan episod terbaharu di podcast kelolaannya.

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #AsyrafKhalid #podcast