Sederhana tapi elegan. Begitulah gaya hiasan kediaman milik Wan Khatijah Wan Othman, yang membuktikan bahawa ruang yang ringkas boleh tetap tampil memukau.
Dengan palet warna neutral, susun atur yang teratur dan pemilihan perabot yang praktikal tetapi bergaya, kediaman ini memberi aura ketenangan dan rasa luas yang menyenangkan. Setiap sudut memperlihatkan cita rasa minimalis moden, namun tidak pernah membosankan.
Bagi yang masih ingat, Wan Khatijah bukan nama asing dalam dunia glamor. Beliau merupakan antara finalis Dewi Remaja edisi 1995/1996, satu platform yang telah melahirkan ramai ikon hiburan tanah air. Kini, kecantikan dan keanggunannya terserlah pula dalam seni hiasan dalaman yang menjadi inspirasi ramai.
#ProjekDekoParenting #WanKhatijah #Dekorasi