Surprise Me!

'Kapal hantu' ditunda ke KSB jalani pemeriksaan keselamatan 'Kapal hantu' yang hanyut di kawasan Pelantar Semangkok A, Terengganu sejak 12 Ogos lalu selamat ditunda masuk ke Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) pagi Jumaat dan kini menjalani pemeriksaan kesel

2025-08-15 14,149 Dailymotion

'Kapal hantu' yang hanyut di kawasan Pelantar Semangkok A, Terengganu sejak 12 Ogos lalu selamat ditunda masuk ke Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) pagi Jumaat dan kini menjalani pemeriksaan keselamatan rapi sebelum siasatan penuh dijalankan, lapor wartawan Sinar Harian Norhaspida Yatim.

Pengarah Maritim Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, kapal berkenaan tiba di KSB jam 11.30 pagi selepas menempuh perjalanan sejauh hampir 140 batu nautika, pada kelajuan purata kapal sekitar 3.5 knot selama lebih dua hari.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/743591/edisi/terengganu/kapal-hantu-ditunda-ke-ksb-jalani-pemeriksaan-keselamatan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kemaman #Maritim #kapalhantu