Pembangkang protes keluar dewan
Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat pada Khamis sebagai tanda protes selepas gagal menghalang Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan 2025 (RUU PK 2025) diluluskan bacaan kedua menerusi undian belah bahagi.
Tindakan itu dibuat selepas perbahasan tegang oleh wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana RUU tersebut didakwa tidak dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) Kewangan dan Ekonomi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/745523/berita/nasional/ruu-perolehan-kerajaan-diluluskan-pembangkang-protes-keluar-dewan
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat #Parlimen #AhliParlimen #Pembangkang #RUU