Sebanyak 53 bot nelayan menzahirkan semangat cintakan negara dengan berarak hampir satu kilometer sambil mengibarkan Jalur Gemilang di Pantai Sri Tujoh, Tumpat sempena program Gelombang Samudera Madani Kelantan bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2025 pada Ahad, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Selain itu, nelayan turut menghias bot-bot mereka dengan Jalur Gemilang sebagai simbol kecintaan pada tanah air.
Perlepasan bot berkenaan disempurnakan Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil sambil disaksikan lebih 500 komuniti nelayan dan keluarga yang hadir memeriahkan suasana.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/745953/Lautan-Jalur-Gemilang-warnai-perarakan-bot-di-Tumpat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #botkibarjalurgemilang #nelayanpantaisritujoh #HariKebangsaanke68 #HariKebangsaan